RSS

sabar jew la.

attention : entry ini aku tulis dalam keadaan tenang.


aku rase aku da kembali natural. dah x emo. kesihatan mental dah stabil. :)) mungkin sebab baru balik dari kelantan. tengok muka umie hati jadi tenang. walaupun umi macam lupa birthday aku dan ayah yang ingatkan pasal birthday aku. tapi ayah ingat sebab tarikh yang sama die mula bekerja 41 tahun yang dulu. pergh dah tua ayah aku. eh aku pun dah tua jugak. :(

okay aku xnak cerita pasal birthday sebab aku ada cerita yang lagi best.

dah 6 januari hari ni. da masuk tahun baru. happy new year to all. tahun lepas banyak sangat kenangan. banyak sangat2 sampai aku jadi blur nak ingat balik. macam xnak ingat pun ada. aku bukan suka sangat ingat cite2 lama. sebab nanti aku jadi emo. yer aku minah emo. so??

melangkah ke tahun baru macam2 jadi dalam life. banyak benda yang jadi yang aku xfaham kenapa harus terjadi. aku panggil ia ragam di awal tahun.

bulan lepas seluar aku kena curi. jeans yang aku baru beli. baru pakai skali kottttt~~~~~~ aku macam dah meroyan2 dah tapi xpe la. sebab memang xtahu nak marah kat sape. lain laa pencuri tu depan mata aku, aku memang panggg jew.


T_T

aku taw kebanyakan readers aku yang x seberapa tapi masih baca walaupun sebenarnya aku tulis blog ikut suka aku xkisah orang baca ke tak ialah budak2 kolej aku. atau pun kawan2 aku. so kepada kawan2 diorg mesti tahu di mana aku belajar. aku rase aku xpernah mention kat blog nie kolej aku. tapi xpe. xperlu tahu. sebab kecurian 2 berlaku dekat kolej aku. dekat hostel. so aku macam malu. sangat malu.

aku betul2 xfaham kenapa laa nak kena mencuri . kenapa kenapa? tolong laa faham yang perbuatan mencuri nie xcomel. dan kalau pun ko bebas mencuri dengan gembira hari ni, satu hari nanti ko akan kena jugak. kalo ko kena nanti ko akan jadi macam salah sorang budak yang aku kenal. kesian taw x kesian. habis orang pandang ko busuk jew. susah nak betulkan balik benda 2 sebab ternyata perbuatan ko 2 salah. yer orang mungkin boleh maafkan (walaupun ada yang x maafkan ) tapi untuk kembalikan keyakinan orang pada ko. memang dah susah ok. n aku rasa xmungkin orang nak percaya lagi dekat engkau.

dan semalam baju aku kena curi lagi. oh lupa aku nak bagitau yang seluar jeans aku kena curi bulan lepas skali dengan baju roomate aku. sepasang ok die amek. apesal x amik bra ngn spender yang aku sidai kat tepi 2 skali??? $^%$&^*^ ok xsopan. haha.

pasal baju yang kna curi semalam pun aku baru beli dan baru pakai skali. perghhh agaknya aku lepas skali pakai xboleh basuh kott. kena pakai kali kedua baru basuh @#%#$^ bapak pengotor.

aku agak tension jugak laa kan. dah laa baru beli kot. baju 2 cantik ok. xsempat nak fotogedik lagi ngan baju 2. apelaa sengal sangat. ok2 aku dah start emo. sabar2...

aku taw pencuri 2 xkan baca blog nie. sia2 jew aku maki hamun baik xpayah. tapi tolong laa aku xfaham kenapa laa kena buat macam 2. kalau ko susah ke miskin ke xpayah laa kott sampai baju kat ampaian pon ko nak amik. sedih laa taw x. sedih aku ingat orang macam 2.

dah laa aku malas nak tulis lagi nanti mesti aku marah2 kalau aku terus. nie pun macam nak marah tapi tahan. dah laa tengah panas nie. dah2 aku nak sambung buat media management. aku nak siapkan cepat- cepat nanti aku nak tidur, esok boleh bangun dan pergi meeting dengan tenang :)

ok laa.

*((tata titi tutu))*

the letter

u mengajar i macam mana rasa ego yang tidak sedap. yang sebelumnya i sangat suka tapi bila dengan u sumpah ego xsedap. u ajar i macam mana menerima kelemahan orang yang sebelum nie sangat perfectionist. u mengajar i macam mana menghadapi tipikal lelaki yang memang x sensitif dengan perasaan perempuan. u ajar i apa itu lengkap melengkapi... u membuat i rasa bahagia dengan segala kesedihan yang i alami. u membuat i sedih walaupun i sedang bergembira. u orang yang membuat i mahu u masuk dalam kehidupan i.

im going 2 be 21 soon. i should be happy but i am not. i wish u are here with me. but u are not.

i love u. T_T

Kangen Band – Dengar dan Rasakan

biarlah sendiri, biar ku pahami
hadirku di sini buat kau bersedih
biarlah kecewa, biar ku terluka
biar ku tercela, asal kau bahagia

seringku berjanji, namun ku ingkari
seringku berdusta, aku tak setia
lelahku melangkah sesat tanpa arah
mencari pelita, sebuah cahya cinta


cobalah kau rasakan
akan hasil karya ciptaku
cobalah kau dengarkan
sebuah lagu maaf untukmu

cobalah kau rasakan
panggilan di dalam hatiku
cobalah kau terbangkan
dua sayap pada pundakmu

cobalah kau rasakan
akan hasil karya ciptaku
cobalah kau dengarkan
sebuah lagu maaf untukmu

tq for the song.

suka,sayang dan cinta.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.

Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.


.artikel yg sgt sweet.n buat aku fikir.

otak semak.

banyak benda yang jadi buat aku xfaham. dan aku rase kepala aku dah pening sebab benda-benda macam nie.

  • kenapa aku rasa menyampah dengan mereka secara banyak sedangkan selama nie perangai mereka memang mcm sial tapi aku boleh jew rasa macam lantak ko tapi tiba-tiba sekarang aku rasa macam kau boleh blah?
  • kenapa aku macam menyampah dengan kau tapi kadang-kadang aku jadi teringat jugak dekat kau tapi bila kau cari aku, aku rasa malas gila nak layan sampai ko pon naik menyampah dengan aku tapi ada aku kisah?
  • kenapa kau xpuas ati sangat dengan aku sampai ko nak merendah2 kan aku padahal wooii sedar diri sikit laa woii belajar pon malas. $^^$%%^^.
  • kenapa aku nie ada masalah menyampah sangat dengan semua orang padahal diorg xbuat apa2 secara melampau pon.
  • kenapa hidup nie kita kena pura-pura kita okay sedangkan kita memang x okay. faham x aku x okay. aku nak cakap yang aku jijik tengok muka kau. aku rasa ko patut blah xpayah tunjuk muka kau depan aku. aku rasa geli taw x geli??????????
  • kenapa kau cantik tapi ko menipu? ko bijak tapi ko menipu? ko xde duit tapi nak berlagak macam banyak duit?dah laa ko kutip duit orang. aku taw aku xkena dengan ko tapi aku tetap rasa ko memang dah silap besar. kadang2 aku kesian dengan kau.
  • kenapa aku nak sangat membenci tapi aku sebenarnya x boleh nak benci menyebabkan aku jadi rasa aku kena benci semua orang
  • kenapa aku jadi selfish sangat??
  • kenapa bila orang buat salah dengan aku dan mereka mintak maaf tapi aku tetap rasa diorang annoying walaupun aku macam senyum.
  • kenapa dalam hidup kita xnak hipokrit tapi kadang2 kita terpaksa hipokrit jugak?
  • kenapa aku tengok kakak aku okay jew sedangkan dia ada lagi banyak benda annoying tapi aku yang stress sebab benda 2 pon aku annoying jugak?
  • kenapa aku xleh masukkan themes kat hp aku wlaupun aku dah try banyak kali cari kat internet? kenapa susah sangat nak install themes?
  • kenapa assingment puan aina 2 mamcam ssh gila nak buat sebab semua orang sombong xnak kitorang interview?
  • kenapa aku rasa semua orang menyusahkan aku?
  • kenapa aku dah x ada semangat nak jual selendang ?
  • kenapa puan aina bagi nota campur2 bi bm buat kitorang pening dah laa pakai nota lim kok wing aku macam x berapa paham kot.
  • dah la aku 2 kali ponteng kuliah. bagus betul. ingat dah pandai sangat ke?dah laa puan aina bapak straight marking paper.
  • dah nama macam nama aku. xpaham aku.
  • banyak benda aku nak buat tapi aku xboleh buat sebab aku rasa macam aku xde mood sangat. masalahnya mood aku dah dekat sminggu macam ni.
  • kenapa aku jumpa banyak sangat pencuri dan penipu dan peniru sekarang????
  • kenapa kau x balik2 lagi. kenapa aku rasa macam aku xleh lepas geram. kenapa setiap kali aku nak lepas geram orang akan lepas geram dekat aku. kenapa nak bebankan aku dengan masalah2 sedangkan aku sendiri dah cukup menyampah dengan apa yang jadi?
  • aku nak kereta. umi bagi laa kenari kat rumah yang xde orang pakai 2...
  • kenapa orang susah nak faham?ke memang bongok xfaham? ke saje buat-buat xfaham??

aku cuma nak jadi happy kejap. kejap ajew. bagi aku neutral balik dan x fikir benda remeh temeh macam kakak aku selalu cakap. aku rasa aku sayang kakak aku. walaupun dia annoying, dia 2 garang gila n suke cubit aku samapai biru-biru masa aku kecik dan pernah potong rambut aku masa aku tidur menyebabkan rambut aku yg sangat cantek jadi pendek macam lelaki dan kami xpernah sependapat tapi aku rasa aku sayang dia. sebab kalau aku xsayang, aku xkan rasa menyampah dengan apa yang orang buat dekat dia. walaupun dia okay tapi aku yang x okay. dan x okay nie menyebabkan benda2 lain pon masuk dalam kepala aku. yer aku nie memang macam mak cik sebab suka fikir complicated~! puas ati ?? xpe aku mak cik yang ayu.

fuhh xcaya aku akan bagi statement dengan x menyesal yang aku sayang kakak aku. aku mana pernah mengaku aku sayang orang. geli taw x geli.


mode : melompat2 keriangan

~~~~ATTENTION~~~~

AKU HAPPY SANGAT2 YAY~~~!!!! :D :D :D

nyum3 shedap sangat~~


herm dah banyak kali aku asyik termenung dpn lappy nie. fikir ape nak update. herm recently macam banyak sangat benda aku fikir. macam menyampah jew. bila menyampah aku start libatkan orang sekeliling. nanti sume orang aku rase mcm annoying. ko buat baik pon aku rase ko gedik. haha. ok luahan hati jap. herm so aku realize yang aku sebenarnya berdepan dengan ketidak puasan hati antara aku dan diri aku.

pernah tak korang macam tiba bergaduh dalam hati. macam kejap fikir itu, kejap fikir ini.. haa macam ergghhhhh pening pening pening. aku rasa dalam masa terdekat nie aku kena gile banyak buat decision yang buat aku rasa aku macam erghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

boleh tak kalau dalam life xpayah buat apa2 keputusan?????????

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

he/she is sending me a msg but i didnt reply and now i just missed him/her but i cant text him/her.

tapi aku xmenyesal okay. tak ok tak.
ok still~~~~

eat my ego. eat it eat it nyum2~ shedap~~~!!!

huh


nak mkn cup cakes yg comel~ nak perisa strawberry.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

xsabar nak balik KB. ada something kat sana kat sana tengah menunggu. tadi umie call bagitaw.
ohh next week balik KB yay~~

*((tata titi tutu))*

ragam orang macam-macam.

herm apa itu kawan? kawan itu friends.haha. ok lame.apa perbezaan antara kawan, teman dan sahabat? haa ada beza taw. aku dapat idea nak tulis entry nie tgk status bdk kat FB aku. eh bdk ea? pak cik kot. hehe. :P tak2. abg :D. erm dikira meniru ke ea? hee~

Sebenarnya bila kita dah meningkat usia nie baru kita sedar orang nie macam2. dulu macam penilaian kita terhadap orang 2 lebih kepada general, macam;

semua orang adalah kawan aku.tett. nokhtah.

tapi aku rasa sekeliling kita nie ada macam2 golongan. ada kawan, ada teman dan ada sahabat. eh ada family juga. ada bf? eh ape 2? best friend? hehe...gelimat btl bak kata bedah. hik3. pinjam jap :p


me me!



teman

teman nie aku rase taraf die di hati adalah paling rendah. taraf dalam hati okay bukan taraf kehidupan. maknanya ko cuma kenal die gitu-gitu jew. contohnya kawan kepada roomates ko. xpon student kolej yang ko terserempak beberapa kali. nampak muka senyum.

"hai.. ada kelas ke?" (padahal dah nampak minah nie terlaju2 jalan sambil pegang buku ngn muka cuak sebab dah lambat.dan orang tu aku. yer aku selalu g kelas lambat. haha)

selalu jugak dari teman kita boleh jadi kawan. maknanya hierarki die dalam hati ko semakin tinggi. selalu jugak terjadi benda nie. contohnya aku xkenal pon minah nie, tapi sebab die selalu datang bilik pinjam iron aku jadi kenal n lama2 jadi kawan. ini contoh laa contoh xde sapa pinjam iron kat bilik aku.

kawan

dulu seseorang pernah cakap dekat aku yang aku nie memilih kawan. haha. bukan memilih cuma aku rasa aku perlu berdiam dan kurang bermesra kalau aku rasa orang tu memang xmasuk ngan aku. ermm memilih ke aku?

well at least im a good starter! aku nie peramah kot. :)

kawan nie boleh jadi sesiapa jew. sebab pada aku dalam kita nak lalui seharian kita memang perlukan kawan. sangat2.

sekarang banyak kawan makan kawan atau berkawan untuk amik kesempatan. contoh, sorang budak nie, dulu orang xsuka dia pon tapi sejak-sejak dia dah ada kereta ramai laa pulak yang tergedik2 dekat dia. aku rasa orang baek dengan dia sebab nak senang jew.ok laa aku bagi satu contoh la, bila ada assingment

"weh minah 2 group mana? jom laa tarik masuk group kite. die ada kete senang weii nak gerak.. ala group G dah amik laa pulak..."

padahal group G tu bukan suke pon minah. alih laju pulak ajak minah nie. ok laa x dinafikan 'kelebihan' yang ada 2 memang X-factor nak menarik orang dekat dengan kita tapi nampak sangat orang baik ngan die sebab 'kelebihan'. dan dia pulak rela dipergunakan. yer mungkin sebelum nie dia x dihargai. haha.

eh.nie contoh ok contoh.

aku x nafikan kadang2 aku pun amik kesempatan jugak. adat laa manusia kan sape xsuka bnda yang menyenangkan?aku pun macam 2. aku pun macam tu jugak. kadang2 la. ;p

cuma aku rasa x seronok bila setiap masa kita nak hidup dalam kepura-puraan. i mean setiap masa kita nak saling mempergunakan. macam life 2 jadi fake gila. sebab tu bila besties aku tanya kawan-kawan ko ok x? aku cakap. diorang kawan aku. so what? kawan jew la.

dan disini timbulnya keinginan nak sangat seseorang yang bergelar sahabat. besties. kawan ko susah senang la. bukan kawan gembira bersama berduka sendiri. apetah pepatah yang betul aku lupe.

percaya tak cakap aku yang kebanyakan orang yang dekat dengan kita hanya sekdar kawan? bukan sahabat? maksudnya dia amat penting pada ko tapi x terkesan pada hati ko? sebab pada ko, ko perlukan dia sekarang tapi nanti2 kalau dia x ada pun x apa atau ko akan cari apabila ko perlukan mereka sahaja dan apabila x perlu ko buat apa2 sesuka hati ko. haha. tolong laa percaya sebab apa yang aku cakap nie BETUL.

its not like u didnt appericiate them but dah la aku xpandai sangat pon speaking. tapi aku percaya ko paham maksud aku. yer ko. ko dan ko. semua mesti paham maksud aku.

pada aku kalau ko x cukup bagus. xpayah nak expect orang akan bagus jugak dengan ko. aku memang percaya what u give u get back. ko honest ngan orang, orang akan honest ngan ko. tapi kalo ko buat $^$^%&%*. ko taw nanti ko pon akan kena jugak.

sahabat.

well susah nak cari. unless ko memang dah kenal die lama gila. biar la orang kata x semstinya kenal lama dia tu confirm baik dan kenal kejap ko boleh cakap dia x baik or apa2 jew la yang meragui tentang kebaikan diri dia. tapi at least orang yang ko kenal lama 2 ko taw BANYAK tentang dia. because we all learn from experience. tapi aku taw setiap pengalaman orang lain2. kalau kena tikam dr tengah tepi belakang itu tak nak cakap apa, manusia nie sifatnya berubah2.

tapi aku rasa memang hidup aku kini dah cukup untuk aku bezakan siapa kwan siapa sahabat. eh aku nie macam menggambarkan kawan nie x baik pulak kan? tak2. kawan itu tetap kawan. penting cuma mungkin sesetengah TIDAK PATUT dipercayai dalam SESETENGAH hal atau KEBANYAKAN hal.

oh aku nie memang banyak fikir negative dari positive. sebab aku rase baek frust awal2 dari frust nanti2. dan aku xsuka risiko.



i love her!

nota hello kitty : aku risau jew kawan yang aku kenal selama nie rupa2nya lawan. harap2 tidak.

hello readers :). This is my personal blog. Everything here is about me and what i think. i love writing and i love blogging. so please respect me. enjoy reading :)
 
Copyright 2009 bEaUtY iS A cUrSe All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes